ATTENTION

from now on, ashikin has move to the all new blog--> www.ashikinabdullah.com

Friday, October 17, 2008

Pelajar Sepak Perut Guru di Perlis

Berita tergempar bagi industri pendidikan Perlis. ~industri??

Apa dah jadi dgn hubungan guru dan pelajar sekarang ni? Senang-senang sepak cikgu, kat perut pulak tu. Punya la ninja budak pompuan ni.

Cita ni bermula bila pelajar tingkatan 2 tersebut lewat hantar keja skolah. Oleh itu cikgu tu pun marah2 la dia. Kalau korang tengok kat video korang leh nampak cikgu tu pukul2 dia guna buku.
Pastu mula la kejadian flying kick.

Korang baca berita ni dulu

Pelajar sepak perut guru

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: Kejadian guru diserang pelajar lelaki sering dilaporkan, tetapi di sebuah sekolah menengah di sini, pelajar perempuan pula menjadikan seorang guru wanita sebagai sasaran berikutan tidak berpuas hati ditegur lewat menghantar tugasan sekolah. 
Mulanya, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya. 
Azahana yang terkejut dengan perbuatan pelajar terbabit lalu bertanya, tulisan yang kasar itu ditujukan kepada siapa.
Pelajar itu kemudian mengakui ia ditujukan kepada guru berkenaan. 

“Berikutan itu, berlaku tarik menarik dan dia menolak saya menyebabkan saya membalas tolakannya. Dengan ditemani seorang rakan sekelas, pelajar itu terus menendang perut saya berulang kali.

“Selepas melihat mereka memanggil lima lagi rakan, saya yang bimbang kejadian lebih buruk berlaku bergegas menyelamatkan diri dan mendapatkan pertolongan guru lain di bilik guru,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di sini. 

Azahana mendakwa dipukul pelajar perempuan tingkatan dua itu kerana marah ditegur lewat menghantar tugasan sekolah.

Selepas menendang beberapa kali di perutnya, kata guru itu, mereka masih tidak berpuas hati lalu keluar dari kelas untuk memanggil lima rakan lagi, termasuk pelajar lelaki.

Menurut mangsa, kejadian itu pengalaman paling menakutkannya sejak lima tahun terbabit dalam kerjaya perguruan, tambahan pula orang yang memukulnya pelajar sendiri.

“Saya bimbang keselamatan diri dan jika boleh tidak mahu menghebohkan kejadian itu kerana bimbang pelajar terbabit akan bertindak lebih agresif kerana mempunyai ramai kawan,” katanya.

Kejadian itu turut dirakam menggunakan kamera video telefon bimbit milik seorang pelajar di kelas terbabit.

Menerusi rakaman terbabit jelas menunjukkan berlaku pertengkaran antara Azahana dan pelajar berkenaan disusuli tindakan pelajar itu menendang perutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Mohd Yusof Diah, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua berhubung kelewatannya menghantar tugasan sekolah.

“Pelajar terbabit tidak dapat menerima teguran sehingga menyebabkan berlaku kekalutan sebelum mangsa ditendang dua atau tiga kali pada perut.

“Sehingga kini, kes berkenaan masih disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis, Mansor Lat, pula bergegas ke sekolah terbabit bagi mendapat maklumat kejadian serta mengadakan perjumpaan dengan guru berkenaan.

Source: http://www.hmetro.com.my/Friday/BeritaUtama/20081017085135/Article


Dah abes baca? Paham tak? Ok korang budak bijak dan tak sepak2 guru. Pastu korang tengok video kat bawah lak...Fresh kin amek kat youtube. 




Ok. Sekarang kin nak bagi pendapat kin yang pernah jadi pelajar. dan kin juga pelajar di sekolah terbabit SEKOLAH MEN KEB PERLIS. Korang dengar ya.

1- Pelajar tak siapkan kerja sekolah, mesti bersebab. 
Pelajar pun tak suka la kena marah dgn cikgu, mereka akan cuba siapkan kerja tu, betol salah lain kira. Janji jangan kena marah dgn cikgu. Tapi pelajar tu tak siapkan kerja... cuba check background pelajar tu. Mungkin dia ada masalah di rumah, family, atau problem dgn pakwe?atau sibok dating dgn boyfren? atau tolong mak ayah jaga kedai ~besa la chinese, mereka rajin berniaga. kecil2 dah di ajar berbisnes.

2- Pelajar tulis perkataan gila babi. Kenapa? 
Tengok balik cikgu tu macam mana. Bukan kin nak cakap cikgu tu jahat, tidak sekali. Tapi kin yg pernah 2 tahun bersekolah di situ, kin tahu culture dan adat cikgu-cikgu dan pelajar kat situ. Kin sendiri pernah di malukan di khalayak ramai oleh cikgu pengawas (lelaki) sendiri dalam library atas sebab yang lansung tak munasabah! apa kin rasa masa tu?? kin rasa nak sepak cikgu tu
jangan terkejut. tapi itu la apa yang ada dalam pikiran remaja sekolah. Perasaan memberontak, apa lagi bila dimalukan, dimarahi tanpa usul periksa. bila di alam remaja ni mereka sering memberontak, sbb tu la dinamakan adolesence age.
Sebab tu la ada nya dialog sering kita dengar "aku sepak kang!"
Tapi nasib tak baik utk cikgu tu sbb dialog tu telah dipraktikkan oleh anak murid nya sendiri.



Itu jer kin dapat rumus dan kasi pendapat tentang kes sepak-menyepak ni. Korang nya pandangan lak macam mana? 

** yang tendang sorang jer, pelajar yg simpul rambut tu. yang membelangkangi camera tu cuba nak meleraikan pergaduhan ja.

1 Comentário:

Anonymous said...

Padan muka awak didenda..tentu ada sebab awak kena denda..bagi awak cikgu tu denda tanpa sebab yang munasabah..itu pendapat awak..bagi cikgu yg bertanggungjawab, perbuatan awak tu dah salah ..so..memang patut awak kena denda pun. Tujuannya cuma untuk memperbaiki akhlak murid juga..murid sekarang kebanyakannya memang kurang ajar..yang salah dgn undang-undang pun dikatanya betul..apatah lagi salah di sisi adat,akhlak dan agama..semua betul kalau dibuat oleh murid..

Cikgu bukan datang sekolah utk dengar dan tengok segala perbuatan murid..tp tak leh tegur dan perbetulkan yg salah..so..apa guna jd cikgu..kalau x leh tegur dan perbetulkan kesalahan murid..mcm mak bapak gak..x kan mak bapak tu tgk sj anak buat salah..mak bapak x leh tegur..tu mak bapa apa ke nama nya..
Sewajarnya, mrd yg tendang guru itu dibuang sekolah utk selamanya dan dikenakan tuduhan jenayah..kalau cikgu boleh didakwa di mahkamah, mk mrd pun boleh didakwa di mahkamah kerana kesalahan menyerang..

from ARAU to the WORLD © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO