ATTENTION

from now on, ashikin has move to the all new blog--> www.ashikinabdullah.com

Tuesday, October 14, 2008

Buluhmas kena siasat BNM

Ini kisah pasal syarikat perniagaan yang baru nak naik. Ini kisah pasal Buluhmas Enterprise Sdn Bhd. 

Syarikat Buluhmas ni antara 4 syarikat yang kena serbu oleh Bank Negara Malaysia, sebab disyaki terlibat dalam aktiviti ambil deposit secara haram serta pengubahan wang haram.

Mengikut cakap-cakap member kin, mereka mempertikaikan marketing plan yg dijalankan oleh Buluhmas ni. Ada antara member kin yang cakap memang jelas permainan duit yang dijalankan. Takpala itu member-member kin cakap. Cakap-cakap ahli mesyuarat tingkap jer.

Nak tau lebih baca kat bawah ni

Bank Negara Serbu Empat Syarikat Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Haram

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia menyerbu empat syarikat hari ini yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata empat syarikat itu ialah
Buluhmas Enterprise Sdn BhdJazmeen (M) Sdn BhdNoradz Travel and Services Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd, yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat itu dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.
Bank Negara akan menjalankan siasatan ke atas operator syarikat terbabit mengikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.

Denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan ke atas pesalah mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.
Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan wang yang dianjurkan menerusi Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak berlesen atau dibenarkan oleh Bank Negara untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing.

Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

-- BERNAMA


Tak ingat mana satu buluhmas? Korang tengok gambar ni.. kalau tengah jalan2 shopping, terperasan kat keta ada sticker buluhmas, ha mcm ni la gambar sticker tu. 

2 3 bulan lepas member kin bernama Alip, dia pun ajak kin join. memang interesting jalan cerita tu (walaupun si Alip ni gagap dan kurang ARIF sangat pasal marketing plan). Tapi bonda kin tahan supaya tumpu kat pelajaran dulu. Lagi pun mama kin fobia dgn MLM ni, Sebab dulu dah penah kena songlap duit oleh upliner bisnes dulu.
Abes rm 2k. Sapa makan duit harem. harem la jawab nya. Jawab la makhluk terbabit di Padang Masyar nanti. Ada berani?? 

Macam bisnes kin pernah join dulu, paling tak leh blah, bila asyik bandingkan dengan syarikat bisnes lain. bisnes itu haram system tak betol, bisnes gitu-gitu tradisional. bisnes ini paling ok sebab guna internet sistem takde riba-riba duit orang. Yerla tu, sebenarnya kena siasat gak. Tapi pandai kencing pandai basuh la kan. Yang best pakat-pakat tipu downline, yerla tanak pekung kat dada terlondeh. Tipu la orang kat dunia.. duit tak berkat.

Oleh itu, kepada sesiapa nak berjinak dgn MLM, bukan kin nak cakap syarikat MLM ni haram semuanya. Korang kena study dan research terlebih dahulu, macam mana duit tu diperolehi, marketing plan diorang, dan paling penting korang kena penuhkan ilmu didada korang dulu dgn ciri-ciri perniagaan Halal dan ikut Islam. 
Ini adalah peringatan kat korang dari seorang kin. Supaya korang tak disesatkan oleh makhluk muka-jutawan, dan menyedarkan korang sebelum terlambat.

2 Comentários:

~attahrel~ said...

hahaha.....apa sudah jadi??buluhmas ni manyak org join ooo...tgk stiker kat keta pn dh tau....melambak2...dulu kawan ak penah cita pasai natang ni...tp x faham pn...
the bottom line is duit xkan dtg bergolek/melayang....

Ashikin said...

ramai join sbb murah.

~buat research terlebih dahulu~

from ARAU to the WORLD © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO