ATTENTION

from now on, ashikin has move to the all new blog--> www.ashikinabdullah.com

Monday, October 20, 2008

Bra dan Payudara

Ini entri untuk pengetahuan semua ya. Korang jangan berkhayal ke arah lain pulak. Adalak yang tengah sengih depan pc. ish3

Cerita pasal bra ni, korang tahu kenapa ada nya gred A,B,C,D dan E, F? Kin pun tak berapa clear. tapi yang pasti abjad2 tu tentang size breast korang. Kalau A kecik, B besar dari kecik, dan seterusnya. Pemakaian bra yang sesuai dengan size breast adalah sangat penting, untuk elak masalah di hari tua nanti, paling penting dikatakan pemakaian bra yang salah boleh menyebabkan kanser payudara.

Sekarang kin nak share pengetahuan macam mana nak menentukan size bra yang sesuai, mungkin korang tak tau nak pilih bra pun kena ada kiraan. ada formula. bukan main try dalam fitting room, sesuai terus beli, atau nampak sexy terus beli. Oh tidak. Formula dia simple jer, macam di bawah ni: (lelaki pun kena amek tau)

1. Amek pita ukur, pastu ukuran di buat di lingkaran bawah payudara, atau untuk menentukan band size, pastu tambah 5. Contoh: Band size: 33+5=38.

Dengan itu, size bra korang ialah 38. Kalau korang perasan, ukuran bra semua nombor genap, 32,36,38. Jadi, kalau kiraan di atas, korang dapati dapat 35, apa korang perlu buat ialah tambah angka 1, untuk jadi kan nombor genap. ukuran dalam inci ya.

Contoh: 30+5=35 (nombor ganjil). --> 35+1=36 (ini baru betol)
* yang ni baru ukuran size bra korang.

2. Ini baru nak kira Ukuran Cup korang. Bukan kopi cup lah!. ini cup takleh minum. Baek lah. nak ukur cup bra ialah (Bust Size - Band Size).

*Band Size= ukuran lingkaran bawah payudara
*Bust Size = Ukuran lingkaran dari puncak breast.
Hasil tolak ni la yang menentukan size cup. Contoh: 38-36=2.

2 ni mengikut table di bawah ialah cup B.

begitu juga kalau 40-36=4. kena cari cup D.
Tapi kalau 38-38=0.. ini menunjukan korang tak perlu beli bra.haha
Yang ni pun cup size. tapi kin tak berapa paham. Macam Chemistry nya jadual ja.haha
Jenis-jenis tali bra.

Kin tak berapa paham gambar-gambar di atas. tapi yang pasti ia pasal bra, dan bikin mata kin pusing-pusing.

contoh bad bra dan good bra.


Lepas tu bra bukan setakat bra dok sangkut-sangkut kat kedai yang berwarna warni, yang berriben-riben, warna merah menyala lit-lit tu. Lain aktiviti lain jenis bra diperlukan.

Contoh:

nak bersukan korang perlu bra seperti di bawah ni.


Sport bra ni paling sesuai bila tali belakang nya berbentuk X. Lagi firm dia hold breast.

Selain sport bra ni menyokong pergerakan lasak korang, sport bra juga mengelak dari breast korang mengendur bila dah tua nanti.

Kalau nak berjalan-jalan korang pakai yang normal nyer pon boleh. Tapi pastikan yang boleh support breast korang, xde la bila berjalan nanti gegar macam gempa bumi. Serius kin selalu jumpa yang macam tu. Apa lagi, tengok je la. ngaaaa...



Kalau yang nak pakai dress berkemban, tak molek kalau nampak tali bra, oleh itu korang perlukan bra seperti di bawah. Tapi yang korang perlu amek perhatian ialah, korang jangan la lari-lari atau terkinja-kinja anak monyet bila pakai bra macam ni, takot benda tak diingini terjadi. Kemudian baru la jadi tragedi nipple slip.

Bila korangnya size B dan ke atas, wajar korang pakai bra bertali belakang yang besar, selalu nya pin belakang ada 2 atau lebih. Ini untuk support yang lebih firm.

Kalau nak bermandi manda, korang cari la bikini/swim suit nyer bra. Lebih baik pakai yang ada span, supaya bila kena air, tak nampak nipple. Kalau dah bra tu takde, korang leh beli span tu kat pharmacy or kedai pakaian wanita berdekatan.


Kalau nak gatal-gatal lak, korang cari bra seperti gambar di bawah.

Huh. Berpeluh kin nak share dengan korang. Harap korang paham. Baik wanita mahupun lelaki. Korang semua memang wajib tahu. Lelaki kalau amek tau bab ni, sure advantange kat korang. Takde la korang blur sangat bab-bab wanita nanti.
Ok. Kin dah merah pipi dah ni, kin nak pi cuci muka, kin tinggalkan korang dengan katun di bawah. Tapi ingat! di bawah bukan ukuran yang betoi.









source:

http://kenwooi.blogspot.com/2008/08/busty-bra.html

http://resipiwanita.blogspot.com/2008/09/cara-mengukur-bra.html

6 Comentários:

Anonymous said...

Haha, nice post. Enjoyed reading it too. =)

Luckily I still have my BM in touch. =P

~attahrel~ said...

caya r lu kin..
2 brave 2 come with this post....
mmg open minded!!!...aku sebenaqnya tau r gak pasai a-f tu..a plg kcik n f plg besar...tp xtau r lak cara nk takrif kecik besau tu....
mmg berpekdah...hehehe

Anonymous said...

baguih dok ada post nie..cayalah..bru la aku fhm sket2 serba serbi..lps ni msti aku bleh terer sket takrif saiz..heheh

Anonymous said...

kin saiz bape? huhuhu

Anonymous said...

apelah tanye org saiz ape!!!!tapi boleh gak kalo begitau???hehehehe gurau jer...good info...selame nih penah dengar jer tapi tak tau ape maksud sebenarnyer saiz coli nih....

Anonymous said...

salam......malunya nk tnya.. :). kin tahu tak cara nk besar kan buah dada?.

from ARAU to the WORLD © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO