ATTENTION

from now on, ashikin has move to the all new blog--> www.ashikinabdullah.com
Showing posts with label Isu Semasa dan Politik. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa dan Politik. Show all posts

Tuesday, October 21, 2008

Biodata Menteri Malaysia & Gambar Perhimpunan UMNO 2008

Sini kin nak perkenalkan beberapa menteri kat Malaysia yang juga barisan kuat UMNO. Ada yang korang dah tau semua nama-nama orang kuat UMNO. Ada juga yang belum tau. Oleh itu, kin nak bantu korang ingat. Kalau korang tengok gambar ni sure korang akan ingat sampai bila-bila. Tak kisah la sebab apa korang nak ingat. Janji bila orang luar tanya siapa pak-pak menteri Malaysia, korang takdela tergaru-garu bagai kepala kena gigit kutu.



yang ni PM kita akan datang. Datuk Seri Najib Razak

Najib: lahir pada 23/07/1953(Kuala Lipis,Pahang), Menjadi TPM sejak 2004, beliau juga anak pertama Tun Abdul Razak: PM Malaysia ke-2, anak sedara kepada Tun Hussein Onn (PM ke-3). Oleh itu beliau adalah sepupu dengan Datuk Hishammudin. Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Industri, University Nottingham, England 1974

PM kita kini; Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi & Datuk Seri Dr Khir Toyo (mantain handsome)

Pak Lah: lahir pada 26/11/1939(Kepala Batas, Penang), menjadi PM pada 2003 hingga tahun depan katanya. Gradute dalam Bachelor of Arts (Islamic Studies) University Malaya pada 1964.

Khir Toyo: lahir pada 6/08/1965(Tanjung Karang, Selangor), Graduate dalam Ijazah Pembedahan Pergigian, University Malaya pada 1989.

Menteri Perlancongan: Datuk Seri Azalina Othman Said

Azalina: lahir pada 31/12/1963(Johor Bahru). Mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (University Malaya) pada 1988. Ijazah Sarjana Undang-Undang (London School of Economics & Political Science, UK) pada 1990.


Menteri Pertanian & Asas Tani: Datuk Mustapha Mohamed

Mustapha: lahir pada 1955 ( Bachok, Kelantan). Graduate dengan Kelas Pertama dalam Ekonomi(University of Melbourne, Australia) & Master dalam Economic Development, & dianugerah Honorary Doctor of Commerce(University of Melbourne)


Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi : Datuk Noh Omar

Noh Omar: lahir pada 23/02/1958 (Tanjung Karang, Selangor). Beliau adalah seorang guru di Sek Men Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor (1983).

Menteri Pelajaran: Datuk Hishammuddin Hussein & Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Syed Hamid Albar

Hishammuddin: lahir pada 5/08/1961. Beliau ialah anak kepada Tun Hussein Onn dan juga cucu kepada Onn Jaafar (pengasas UMNO). Mendapat Ijazah dalam Undang-Undang (University of Wales, Aberystwyth) pada 1984. Master dalam COmmercial & Corporate Law, Undang-Undang ( London School of Economics) pada 1988. Ops! Beliau berkahwin dengan Puteri Pahang iaitu Y.M Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah

Syed Hamid: lahir pada 15/01/1944(Kampung Melayu Air Hitam,Penang)



Serta gambar-gambar yang korang takkan lupa.


Korang ingat pak Menteri taktau letih ker? Cian diorang oo

Pak Menteri juga kenal apa itu stress, runsing dan pening kepala. Mereka juga manusia biasa

err.. PM kita penat memikir keamanan rakyat jelata. Apa korang pikir?

dan beliau terus pikir lagi....

mereka berbincang tentang memantapkan lagi UMNO

yerla! beliau tido... habis idea nak cover pakLah

hehehe.. pak Lah juga menjaga kebersihan luaran dan dalaman.

teropong apa yang ditulis dalam kertas tu. Lupa bawa cermin mata la


Kalau dah pak menteri pun terseksa keletihan dan keboringan dalam mesyuarat tu, apa korang expect dari reaksi para jemputan dan para pendengar?



mereka pun join sekaki lah.


Baiklah. Itu saja nama dan profil menteri-menteri yang menjaga Malaysia yang dapat kin highlight dalam entri ni. Untuk kemudahan dan pengetahuan semua tentang menteri-menteri yang berada dalam barisan kabinet Malaysia, korang tengok gambar di bawah.



source:

Tuesday, October 14, 2008

Minyak Petrol & Diesel turun

Kali ni kisah minyak pulak. Bukan minyak nyonyong mahupun minyak urut. 

Ini pasal minyak nak isi perut keta kita semua. Takde minyak ni, tak jalan. Melainkan perut keta korang diUpgrade ke NGV nyer tong gas. Haha macam upgrade ram laptop kin lak gaya cakap.

Baik, straight to the point; minyak turun esok. Iaitu pada 15hb Oktober. Atau lebih detail pukul 12.01 malam ni InsyaAllah. 

Kiranya ini adalah penurunan maximum kali kedua. selepas penurunan maximum kali pertama beberapa minggu lalu. Kali ni petrol RON97 turun 15 sen seliter. Menjadikan harga terbaru esok RM2.30, harga dulu RM2.45.

Diesel pun turun juga.Diesel turun 20 sen. Harga bermula esok ialah RM2.20, kalau dulu ialah sebanyak RM2.40 seliter.

Kira banyak oo diturun kan. Tapi banyak tapi-tapi; 

Tapi pertama: Korang bayangkan harga petrol dunia adalah lebih rendah dari biasa. Korang cuba google harga minyak dunia sekarang. Sangat rendah dari biasa. Tapi kita masih mahal dari biasa

Tapi kedua: harga barang tak turun-turun. Itu la, tokdet kan dah ajar dulu, nak naik harga petrol sikit-sikit sudah. Bukan main naik terlebih dari biasa. Sengsara rakyat nak beli beras. terutama orang kampung.

Tapi ketiga: Harga bas masih mahal tertinggi dari biasa. RM43 (KL-Perlis). Ngada-ngada punya syarikat bas. Barang mahal la, minyak naik la. Gedik tol. Korang kan ada subsidi. Kualiti bas macam tu gak. Bukan ada stewardes kasi air fresh oren pun dlm bas tu. Kalau dok balakang bas, bau asap busuk gak. Takde improvement pon. 

Selain dari ketidak puasan hati. Kin tetap berasa bersyukur. Minyak turun. Dan terima kasih kepada kerajaan. Moga inflasi turun seminimum mungkin, harga barang juga kembali normal, itu pun kalau kerajaan terer nak handle.


Sunday, August 10, 2008

Isu Bahasa Menguji Kuasa Politik Orang Melayu

ORANG Melayu sekali lagi diuji. Seperti biasa bahasa Melayu menjadi titik tolaknya sekali pun bahasa Melayu sewajarnya tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak khususnya oleh kalangan bukan Melayu.

Ini kerana bahasa Melayu telah diletakkan di tempat yang selamat dalam Perlembagaan dan bertaraf bahasa kebangsaan di negara ini. Apabila sesuatu bahasa itu diangkat menjadi bahasa kebangsaan, bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan tetapi bukanlah dalam situasi yang rasmi. Tetapi di negara ini, ada pihak yang tanpa rasa bersalah mahu melanggar kedudukan bahasa Melayu dan cuba “memartabatkan” bahasa lain.

Mencabar, menguji atau apa saja istilah yang sama erti dengannya sebenarnya boleh dianggap mencabar kuasa politik orang-orang Melayu.

Perbuatan ini bukanlah kerana kejumudan kefahaman sesuatu pihak tetapi mahu menguji sejauh manakah politik Melayu bangun mempertahankan apabila bahasa Melayu diperlekehkan secara terhormat.

Ini adalah satu yang disengajakan dan tidak dapat dinafikan unsur-unsur kaum terselit bersama-sama isu ini.

Adakah kalangan orang politik Melayu melihat isu perlekeh bahasa Melayu ini melampaui isu bahasa semata-mata? Ini bukan isu bahasa, ini isu politik di mana kuasa politik bukan Melayu menguji politik Melayu yang terkenal dengan ketidakpekaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu

Kalau ditoleh, isu-isu bahasa Melayu sebelum ini tercetus kerana sesetengah kalangan orang politik Melayu memberi ruang untuk bahasa itu dipijak.

Bahasa Melayu tidak diangkat ke persada sewajarnya kerana kuasa politik Melayu tidak bersungguh-sungguh ke arah itu. Malah banyak gejala perlekehan bahasa Melayu dilakukan oleh orang politik Melayu sendiri.

Isu papan tanda di enam jalan di Pulau Pinang yang ditambah dalam tulisan Cina oleh parti Gerakan adalah suatu yang sangat jelas. Rasional menambah tulisan Cina pada papan tanda jalan itu adalah satu kesengajaan, ia bukan satu keperluan sama ada untuk orang tempatan atau pelancong asing.

Orang bukan Melayu di Pulau Pinang semuanya faham bahasa Melayu dan boleh membaca tulisan Rumi bahasa Melayu. Malah generasi bukan Melayu yang tidak dilahirkan di negara ini khususnya di Pulau Pinang hampir sudah tidak ada, kalau generasi ini dijadikan alasan tidak tahu berbahasa Melayu. Jadi orang Cina atau India di Pulau Pinang adalah anak kelahiran negara ini yang tahu berbahasa Melayu.

Maka isu papan tanda itu boleh dianggap provokasi Gerakan sebuah parti politik majoritinya orang Cina. Pulau Pinang antara negeri yang jatuh ke tangan DAP sebuah parti pembangkang yang majoritinya orang Cina. Sebelum ini Pulau Pinang diterajui oleh Gerakan, sebuah parti komponen Barisan Nasional. Apabila papan tanda tulisan Cina dimulakan oleh Gerakan, kita boleh bertanya, apa bezanya idealisme Gerakan dengan DAP khususnya dalam soal ini? Ternyata Gerakan cuba bermain api dengan orang- orang Melayu Pulau Pinang apabila mereka dilihat tidak ada bezanya dengan DAP yang selalu bangkit dengan isu-isu yang tebal dengan sentimen kaum.

Ada pihak yang berkata, sekiranya DAP yang menaikkan papan tanda tulisan Cina, mereka tidak terkejut. Tetapi semacam tidak percaya apabila Gerakan sendiri yang berbuat begitu apabila Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP.

Lalu mereka bertanya lagi, apa muslihat Gerakan dalam konteks kesefahaman dengan kaum-kaum lain di Pulau Pinang dan negara ini? Ternyata menaikkan papan tanda jalan tulisan Cina tidak ada alasan yang jelas kecuali provokasi untuk menguji sensitiviti orang Melayu. Gerakan sepatutnya lebih faham daripada DAP dalam isu bahasa Melayu di negara ini.

Apabila isu bahasa Melayu menjadi isu politik, orang-orang politik Melayu mesti bangkit mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu daripada terus dipersendakan seperti ini. Orang politik Melayu perlu lebih menonjol dan memperlihatkan kesungguhan bukan saja dalam konteks isu papan tanda jalan di Pulau Pinang malah isu yang melibatkan bahasa Melayu seluruhnya.

Desakan ini bukanlah menyalakan api perkauman, sebaliknya melaksanakan yang telah dipersetujui bersama dalam Perlembagaan. Isu bahasa Melayu tidak boleh dilihat terpisah dengan perjuangan politik Melayu.

Di negara ini isu bahasa Melayu bukan saja tugas pejuang bahasa. Pejuang bahasa telah memperlihatkan pendirian yang sangat konsisten tentang kedudukan bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan. Memperjuangkan bahasa Melayu daripada jurus politik sangat penting kerana apa yang berlaku di Pulau Pinang digerakkan oleh pejuang politik.

Walaupun Melayu menjadi majoriti penduduk Pulau Pinang, tetapi mereka tidak mendesak papan tanda jalan dalam tulisan Jawi. Di Kuala Lumpur ada papan tanda bertulisan Jawi. Ini menunjukkan orang Melayu Pulau Pinang sangat toleran kerana hanya menerima tulisan Rumi, sekalipun di negeri lain ada papan tanda tulisan Jawi.

Parti Gerakan sepatutnya melihat perkara ini sebelum ghairah menjulang sesuatu yang berbau kecinaan. Jadi apakah maknanya toleransi orang Melayu apabila Gerakan melancarkan provokasi menaikkan papan tanda tulisan Cina? Apa kena mengena Tapak Warisan Dunia dengan tulisan Cina?

Maka yang jelas tindakan Gerakan ini bermotifkan perkauman dan tidak ada kena mengena dengan beberapa lokasi di Pulau Pinang diiktirafkan sebagai Tapak Warisan Dunia.

Reaksi tokoh budaya dan ahli akademik, Prof Dr. Siti Zainon Ismail mengenai isu papan tanda jalan beberapa hari lalu wajar ditelaah dengan penuh penghayatan oleh orang-orang politik Melayu.

Antara lain kata Dr. Siti Zainon, “Saya hendak tanya, apa orang-orang politik Melayu buat dalam mempertahankan bahasa dan bangsa sendiri? Kami pendidik, sudah memberikan pendidikan yang secukupnya kepada mereka (orang politik Melayu). Tolonglah jangan lupa lagi, jangan sampai tergadai.”

Tolak ansur orang Melayu selalu diambil peluang oleh pihak-pihak yang tidak menghargai sikap tolak ansur itu. Akhirnya merekalah yang “menolak” orang Melayu daripada bercakap tentang bahasa dan bangsanya.

Apabila Melayu bersuara, dengan pantas pula dianggap “perkauman” sedangkan tindakan mereka “menolak” Melayu lebih bersifat perkauman. Dalam isu papan tanda jalan di Pulau Pinang ini, Gerakan mesti lebih “sedar diri” , begitu juga orang politik Melayu jangan membiarkan kepala mereka dipijak.

Papan tanda jalan bertulisan Cina adalah isyarat awal dominasi budaya. Kalau ini dianggap api, eloklah dipadam awal-awal lagi daripada merebak dan membakar negeri.


Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN(WARTAWAN UTUSAN)

utusan malaysia 26 Julai 2008 >> rencana muka 10

Thursday, May 8, 2008

Bencana Alam : Taufan Nargis

Dalam keseronok kan bercuti ni, kin tengok la berita. tertengok berita tentang taufan nargis ni. Ya Allah, punyala sibuk exam sampai taktau malapetaka menimpa kat Myanmar.
so kin usya kat Utusan Online. amek keratan ni.
sebagai iktibar dalam seronok bercuti, kena ingat kepada yang dilandang malapetaka. semoga Malaysia aman dan jauh dari bencana. amin.

Gambar dari http://www.photoblog.com/pinkturtle






Taufan Nargis: Korban 22,000, hilang 41,000


BENCANA... Gambar semalam yang diambil dari udara ini menunjukkan sebahagian kemusnahan teruk, termasuk bumbung rumah diterbangkan angin, ekoran Taufan Nargis di Delta Irrawaddy, Myanmar.
YANGON 6 Mei – Angka korban terbaru Taufan Nargis kini hampir mencecah 22,000 orang, manakala 41,000 lagi dikhuatiri hilang.
Stesen televisyen Myanmar melaporkan sehingga pukul 12 tengah hari ini, seramai 21,793 orang terkorban dan 40,695 yang lain masih hilang di wilayah Irrawaddy.
“Sementara di Yangon sendiri, seramai 671 dilaporkan terkorban, 670 cedera dan 359 orang yang lain hilang,” lapor stesen televisyen tempatan lewat hari ini.
Pengumuman terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak angka korban apabila media kerajaan sebelum ini menganggarkan lebih 15,000 orang maut dalam taufan terburuk itu.
Taufan Nargis turut melanda beberapa daerah lain, namun tiada laporan mengenai bilangan mangsa yang terkorban setakat ini.
Sementara itu, kebimbangan terhadap ancaman wabak penyakit kini mula melanda Myanmar.
Bekalan air yang kotor dan sistem sanitasi yang rosak teruk dikenal pasti antara punca yang akan memburukkan lagi keadaan.
Dengan keadaan yang semakin buruk, Myanmar yang memiliki sistem kesihatan paling teruk di dunia dijangka berhadapan dengan jumlah kematian yang semakin meningkat ekoran wabak penyakit dan kelemahan sistem kesihatan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sedang menunggu kebenaran untuk menghantar pasukan kesihatan.
Pasukan bantuan menghadapi kesukaran untuk menghantar bantuan kerana sistem komunikasi dan pengangkutan hampir lumpuh berikutan bencana itu, kata jurucakap WHO, Vismita Gupta-Smith.
Kebimbangan lain termasuklah penyakit berkaitan pernafasan terutama di kalangan kanak-kanak yang terpaksa tidur di luar serta mereka yang mengalami kecederaan akibat taufan.
– Agensi

from ARAU to the WORLD © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO