ATTENTION

from now on, ashikin has move to the all new blog--> www.ashikinabdullah.com

Sunday, September 28, 2008

Duit Raya dan Kad Raya

Duit di atas dari Eimy

kadraya dari Pertapa Arjuna


Entry kali ni pasal duit raya dan kad raya dari member maya kin: Eimy Put3 (kedahonline.net) dan Laxmana(Pertapa Arjuna).

Raya pun dah hampir dekat. oleh itu kin pun nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin kepada member-member maya kin, andai ada terkasar bahasa, terkasar dalam setiap perkataan dalam blog ni.
Asyik dok tengok kad raya + duit raya pemberian member-member, kin lak terlupa nak beri duit raya kat member-member.

duit raya untuk isi petrol sempena balik kampung raya ni.


ampun banyak-banyak yer. di bawah ni duit raya maya pemberian kin,

duit raya untuk : semua member bloggers yang hot & spicy serta da bomb!

Tuesday, September 23, 2008

Starbucks & Yahudi


Sebelum2 ni sure korang semua pernah dihantar emel pasal Starbuck membantu Yahudi dari segi kewangan, dimana duit berbillion tu diperolehi dari pelanggan Starbucks. dan emel2 pasal ni tak terkira banyaknya masuk dalam emel kin.

Tapi kin buat taktau sangat sebab kin bukan minat starbuck, harga dia mahal, n tak sedap.

Lagi satu sebab takut emel tersebut adalah strategi untuk jatuhkan bisnes Starbucks.

Tapi ari ni kin terbaca kat blog http://kurasan.blogspot.com/ siap bergambar lagi.. Gambar tersebut adalah surat terima kasih Chairman Starbuck, Howard Schultz terhadap jutaan pelanggan Sturbucks yg secara tak lansung telah menyumbangkan duit mereka untuk bantuan warga Israel yg diserang oleh "pengganas", Yahudi di Amerika, serta untuk ketenteraan.

korang boleh baca kat sini-->http://kurasan.blogspot.com/2008/09/if-you-happened-to-visit-this-blog-then.html Oleh itu, pakat banned Starbucks. Lebih baik sokong kedai Melayu dari Starbucks yahudi ni. teh ais kedai makcik tepi jalan rm1.50 jer (ikut harga petrol Malaysia..)

Sunday, September 21, 2008

Hidupku diSabotaj oleh Benda-bukan-idop

Percaya atau tak, hidup kita di kurun ke-21 ni tersangat bergantung pada benda bukan hidup.
Yang kin maksudkan, bukan nyer pokok,batu or jalan.. tapi lebih spesifik sekali ialah PC,laptop, internet, enset, mp3.. kalau takde bende2-bukan-idop ni, maka tak idop la ari kita.

Naper teringat nak tulis entri pasal ni?

Jawapannya sebab arini internet kat kolej kin sangat slow, sejak buka laptop kat
bilik sampai la lari2 ke cafe mencari connection yang laju.. tapi hampa jer.
semua slow. dan paling hangin bila connection limited. hadiesh..macamner nak
berhubung dengan peminat-peminat ni.. :)

ehem..gadget ini penting utk berhubung dgn dunia luar

Sebelum ni, handphone kin ada masalah dgn mp3 player. so sekarang idop kin sunyi tanpa lagu.huwaa.. itu masalah mp3. tak masuk lagi masalah takde credit.


hidup kin semestinya sunyi tanpamu

Laptop pun satu hal. hang,hang and hang.. kena upgrade RAM, local disk wah abes ler duit raya kin semata-mata nak jaga benda ni. tapi kalau tak jaga, tak jalan la idop. nak edit gambar lagi. nak wat programming lagi. NetBeans, Adobe Photoshop CS3, VB, DreamWeaver, Flash, semua program yang bikin laptop ku slow sesiputnya. tak lupa cik Avira AntiVirus untuk menghalang mahkluk halus dari membuat onar dalam laptop kin

laptop kesayangan ku: connecting me to you!

Conclusionnya, kin tak dapat lari dari dealing dengan benda-bukan-idup ni. tambahan saya budak FSKTM,UM.. software engineering. pasni nak cari kerja area computer science juga (InsyaAllah)... memang kena sabar dengan kerenah benda-bukan-hidup ni..

~Well, they make life goin rite?~

Wednesday, September 17, 2008

Google Chrome

Fall in love with Google Chrome!

<4.40pagi> Google Chrome SYOK!!

Pada jam ini kin telah menaip entri blog ni menggunakan browser yang baru lahir iaitu Google Chrome.. baru ker?

Naper kin terpikir nak guna Google Chrome ni?

~jawapan nya sebab kin menyahut seruan member kin yang sorang ni. "budak Computer Science patot kena hupdate dengan benda2 mcm ni".. oleh itu, dengan berkobar-kobarnya kin download Google Chrome ni..

Walhal Firefox tak pulak kin guna. tak penah guna pon. mungkin sebab nama nya tak membuatkan kin jatuh cinta nak pakai browser tu. Selama kin berinternet ni kin setia dengan IE. tapi arini kin dah main kayu tiga lak.hehe. nak buat camner, Google Chrome ni nampak cute..

Setelah tunggu selama 30minit untuk install, baru la boleh guna. itu pun slow sket. maybe time tu kin bukak Photoshop CS3 + WinAmp Moden + Micr Project dalam 1 masa yg sama.

Apa2 pun, bagi kin, Google Chrome nyer environment syok!

korang dok guna browser apa skang ni? cepat try Google Chrome no... ;)

TidO Banyak! Mati CePaT!

tido nyenyak yang ku rindui

Pada jam ini, iaitu pukul 2.21 pagi pada tarikh 17 September 2008... bersamaan hari ke 17 kita berpuasa, 17hari jugalah kin tak dapat tidur dengan lenanya di malam hari..

Sesungguhnya mata ini tak dapat dipejamkan. bila baring-baring kat katil tetap takleh tido. apa lagi. mula la kin bukak laptop, bukak blog. usya mana2 website best.

ergg... kemana hilangnya tidur nyenyak ku di malam hari...

Bila dah malam tak dapat tido. so tido tu dibayar di waktu siang. almaklum ja la.. mula la terlebih had waktu tido.. selak2 article kat http://isuhangat.blogspot.com/ada cita pasal Tidur banyak! Mati cepat! .. oww. terasa tulang sumsum cheq oi..

ni article yg membuat kin terasa ati ni.haha

-------------------------
Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat Anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat Anda cepat mati. Wah....!

Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang relawan dari beberapa negara bagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat.

Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.

Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof... Daniel.Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik.

Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tak masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesehatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan."Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut.

Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesehatan Anda,"
-------------------------

7 jam sehari? haha.. rasanya kin lebih dari tu. ah.. seram...namun tido ku yg lebih dr 7 jam tu bukan nya berkualiti pon.

Monday, September 15, 2008

Blog design ku yang baru

yeah. arini kin start hari kin dgn menukar blog template.
kalau dulu korang tgk blog kin itam pekat dgn font yg pinky, sekarang tidak lagi.
semestinya blog kin sekarang dah bewarna putih bersih. dgn gambar rama-rama sbg header.

kenapa ya kin tukar design?
jawapan nya sbb kin dah boring dgn warna hitam.
asal bukak blog jer, warna hitam, bukak jer warna hitam.
bukak frenster pun warna itam.. itam nya pandangan mata ku..

tapi kalau korang perasan, adiWidgetTM icon tetap ada kat atas skali sebelah kiri. kin stillkan adiWidget sbb icon tu cute. walaupun owner blog ni tak le secute mana. tapi boleh la sedap mata memandang kan.hihihi ~~perasannya daku

apa2pun, kin ucap tima kasih kepada kakKamsiah daBomb yang ajar kin tukar blog template.
sekarang baru tau tukar2 blog design ni..

opss! abes Gadget2 kat tepi. semua anugerah,chatbox, gengStarz abes kena buang. kena tambah balik.

Thursday, September 11, 2008

Photomanipulation : Hakeem

kali ni kawan kin bernama Umar Hakeem lak yg jadi mangsa kin mengphotomanipulation.
2 photo ni masa dia holiday kat mana tah. so ini la hasil nyer.

from ARAU to the WORLD © 2008 Template by Dicas Blogger.

TOPO